Jawapan Nelydia Senrose Yang Paling Win Tentang Isu “Aset” Dipegang Atas Motor

 

Memang teruk kedua-dua pelakn ini dikecam kerana insiden terpegang aset itu.

Daler telahpun memohon maaf kerana insiden berkenaan dan mengatakan dia tidak sengaja berbuat demikian.
Kini tiba giliran Nelydia Senrose pula tampil memebri kenyataan tentang perkara ini.

Pelakon ini akui ketika itu merupakan kali pertama dia menunggang motorsikal dan tidak fokus kerana memikirkan banyak benda.

Ini komennya:

TAK SEDAR INSIDEN DIPEGANG

“Sebenarnya perkara ini terjadi dalam beberapa saat sahaja. Jujur saya langsung tidak sedar perkara ini terjadi sehinggalah video ini menjadi viral,”

“Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi.

“Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan,”

“Saya kenal Daler, dia bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan. Dia seorang yang baik, sopan santun dan tidak pernah tinggalkan solat ketika di set pengambaran.

“Malah kalau tengok video tersebut sepanjang berada di atas motor tangannya hanya di belakang sahaja sehinggalah saya brek secara mengejut. Tetapi saya faham, ada sesetengah yang mungkin tidak faham dengan apa yang terjadi menganggap perkara sebegitu tidak patut dilakukan tapi nak buat macammana, benda terjadi tanpa sengaja,”

DALER MINTA MAAF

“Ya, dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dan kami memang tiada masalah bersama,”

Nelydia mengatakan perkara ini bukannya isu besar kerana kejadian itu tidak disengajakan dan berlaku secara spontan.

Sumber:  beritamemey

“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.” – Ini Respon Dari Daler Yusuf

 

Memang agak kecoh baru-baru ini apabila pelakon baru, Daler Yusof dikatakan terpegang bahagia aset Nelydia Senrose ketika menaiki motor.

Dalam video itu, Nelydia Senrose membawa motorsikal dengan laju dan kemudian brek secara mengejut menyebabkan Daler yang duduk di belakang terkejut dan terpeluk serta terpegang bahagia dada Nelydia.

Video berkenaa lantas menjadi viral dan mendapat kritikan dari orang ramai.
Apabila kes ini menjadi buah mulut orang ramai, Daler Yusof tampil memebri respon.
Dia kaui terpegang secara tak sengaja dan memohon maaf atas insiden berkenaan.

 

Ini komennya:

“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.
“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu,”

“Ia merupakan salah satu babak yang menarik dalam drama terbaru lakonan kami. Saya benar-benar tidak sengaja kerana terkejut apabila Nelydia tiba-tiba menekan brek,”
“Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi boleh menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada netizen.

“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut.

“Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu.”

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di laman sosial,”
Itulah penjelasan dari Daler Yusof.

Sumber : Sehinggit

Inilah 15 Negara Yang Memiliki Wanita Paling Cantik Di Dunia. MALAYSIA NO KE BERAPA?

Secara keseluruhan, terdapat 195 buah negara di dunia. Namun, di dalam banyak-banyak negara ini, negara manakah yang memiliki jumlah wanita cantik yang paling ramai sekali di dunia?

15. Filipina

Meskipun kadar kemiskinan di negara itu adalah di antara yang tertinggi dunia, namun ianya tidak menjejaskan kadar kelahiran wanita-wanita cantik yang bakal menjadi ratu cantik dunia pada suatu hari nanti.

 

14. Britain

Tidak dapat dinafikan, kecantikan gadis berbangsa Inggeris ini sememangnya telah menjadi bualan masyarakat di dunia sejak ratusan tahun yang dulu lagi.

 

13. Australia

Gadis-gadis daripada Australia memiliki ciri-ciri fizikal yang serupa dengan gadis-gadis Inggeris seperti berkulit putih dan berambut perang.

 

12. Amerika Syarikat

Memiliki jumlah populasi melebihi 300 juta orang penduduk, tidak hairanlah sekiranya Amerika Syarikat mampu untuk memiliki ramai wanita cantik yang berasal daripada negara mereka.

 

11. Kanada

Tidak kurang hebatnya berbanding dengan negara jiran mereka, Amerika Syarikat, Kanada juga dilaporkan turut memiliki jumlah wanita cantik yang tertinggi di dunia.

 

10. Belanda

 

9. Itali

 

8. Venezuela

 

7. Russia

 

6. Colombia

 

5. Argentina

 

4. Denmark

 

3. Ukraine

 

2. Brazil

 

1. Sweden

Seperti rekaan IKEA yang terkenal dengan ciri-ciri minimalistiknya, gadis-gadis di Sweden juga terkenal dengan kecantikan mereka yang berbeza dengan gadis-gadis Eropah yang lain.

“Saya Orang Susah. Kawan TLDM Ramai-ramai Pungut Duit, Sebab Merekalah Saya Dapat Pergi Uji Bakat” — Ajak

 

BAGAIMANA perjalanan Ajak bermula dalam dunia pelawak dan penghibur?

Percaya atau tidak, tidak pernah terlintas pada fikiran Ajak mahu berada dalam dunia hiburan, sejak berusia 18 tahun Ajak sudah menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia dan selama lapan tahun bekerja itu tidak pula ada sebarang cita-cita untuk menyertai sebarang pertandingan. Selalunya cuma berjenaka dengan teman-teman saja.

Namun selepas melihat Man daripada Raja Lawak musim ke-5, terdetik dalam hati sendiri untuk mencuba nasib. Teman-teman banyak yang memberi kata semangat dan mahu Ajak sertai Raja Lawak, Fifa (isteri) juga sentiasa berada di sisi dan mahukan yang terbaik untuk Ajak, jadi we decided to do it.

 

 

Apa yang paling mengesankan dalam minda apabila bicara fasal kenangan sertai Raja Lawak Musim ke-6?

Terlalu banyak perkara yang benar-benar terpahat dalam ingatan apabila melihat semula perjalanan kami. Ketika Ajak dan Shahrol bercadang untuk menyertai uji bakat ini, kami masih lagi bekerja dan bertugas, maka banyak tanggungjawab yang harus diadili agar tiada kerja yang tercicir.

Kala uji bakat pertama kami hadiri, kami kena reject, lalu kami pulang ke Johor, namun Shahrol tekad mahu menyertainya dan mahu pergi sekali lagi ke Shah Alam untuk uji bakat. Malangnya kami tidak berduit. Kami tidak datang dari keluarga yang senang, jadi segala belanja harus diambil kira.

Ajak masih ingat lagi ketika itu teman-teman di TLDM dan yang lain-lain pungut duit beramai-ramai dan mahu bikin perbelanjaan hantarkan Ajak ke Shah Alam. Kerana itulah hingga kini Ajak ingat dan sentiasa berterima kasih. Dengan wang itu kami kembali semula ke uji bakat Raja Lawak. Ajak ingat lagi menyewa hotel berharga RM60 semalam dan kerana bilik terlalu kecil, kami bertiga berlatih di bawah hotel tepi jalanan sahaja. Pelik juga kenderaan yang lalu-lalang melihat kami di tepi jalan.

 

 

Bertiga? Ajak, Shahrol dan siapa lagi ya?

Ya, Shiro asalnya bertiga, mungkin ramai yang tidak tahu namun itulah sejarah kami. Pada malam terakhir sebelum kami pergi uji bakat, teman kami yang ketiga ini tidak hadirkan diri, panggilan tidak berjawab dan kami mula panik! Penat juga pusing satu Shah Alam mencarinya di gerai mamak mana tahu bertemu, namun akhirnya Ajak dan Shahrol teruskan sahaja dan rombak semula persembahan kami.

Esoknya, kala Ajak dan Shahrol melangkah ke tangga lokasi uji bakat, kami berdua ternampak kelibat teman kami yang hilang itu. Dia melihat dari jauh. Dia mahu tarik diri namun tidak pula bilang kepada kami, mungkin tidak yakin sama Shiro. Di pentas itu kami bawa sketsa yang diinspirasikan daripada babak antara Sofea Jane dan Nasir Bilal Khan daripada filem ‘Perempuan, Isteri dan…’

Rezeki kami cukup baik apabila Sheila Rusly gemarkan lawak kami dan beri kami pelepasan, dan the rest is history sehinggalah kami berjaya menjuarai Raja Lawak musim itu. Pasca itu ada juga teman kami itu datang cari Ajak dan Shahrol. Namun kami telah pun maafkan dia, it is time to move on and no hard feelings ya!

“Bakal Suami Nely Mestilah Seorang yang Menghormati Keluarga dan Sentiasa Membimbing Nely” — Siapakah Lelaki Itu? Ini Jawapan Nelydia

 

Hai Nely. Apa perkembangan terkini?

Tahun ini adalah tahun yang paling sibuk buat Nely. Jadual padat. Cuma kebanyakannya belum ditayangkan. Insya- Allah, drama En Suami Mat Salih Celup akan bersiaran hujung tahun ini di TV3. Nely juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama istimewa untuk Aidilfitri berjudul Pergilah Air Mata.

Jika dua tahun sebelum ini, sepanjang Ramadan Nely tidak mengambil sebarang tawaran berlakon tetapi nampaknya untuk tahun ini, Nely perlu bekerja keras.

 

Melihat di Instagram, Nely banyak berkongsi gambar percutian ketika ke luar negara baru-baru ini untuk tatapan umum. Ceritakan mengenai percutian anda?

Ya, Nely baru pulang daripada bercuti bersama rakan-rakan di Amerika Syarikat dan England. Selama enam minggu di tempat orang, pelbagai tempat seperti London, California, Coachella, Brick Lane dan Disneyland sempat Nely kunjungi.

Nely menikmati percutian ini setelah menjalani penggambaran demi penggambaran dan ini adalah masanya untuk Nely berehat daripada sebarang komitmen kerja. Lagi pun memang Nely suka bercuti. Dapatlah mengisi masa dengan membeli-belah dan lebih penting, Nely dapat melihat negara orang.

Berbeza dengan pelancong lain yang gemar ke lokasi tumpuan, Nely pula lebih suka ke kawasan tempatan. Di sinilah kita dapat melihat gaya hidup mereka yang sebenarnya.

Apabila berada di tempat orang, wajib untuk Nely mencuba makanan tempatan. Setiap tempat pasti ada hidangan yang menjadi trademark. Pada Nely, makanan yang mengikat semua orang

something exciting is coming up !

A post shared by @nelydiasenrose on

 

Kiranya Nely memang suka bercuti?

Memang setiap tahun Nely merancang untuk pergi bercuti. Biasanya lokasi yang dipilih berbeza kerana Nely mahukan pengalaman berlainan. Cuma ada antaranya Nely pergi atas tujuan penggambaran tetapi tidak sempat melawat lokasi- lokasi menarik. Jadi Nely pergi lagi agar dapat puaskan hati sebab selalunya kalau datang untuk bekerja memang tidak berkesempatan hendak berjalan-jalan.

Nely sentiasa ada impian untuk ke Greece tetapi Nely tetapkan untuk ke sana hanya selepas bernikah. Mungkin untuk bulan madu. Jika orang lain menganggap Paris sebagai kota cinta tetapi pada Nely, Greece adalah lokasi paling romantis di dunia.

 

Berkisah mengenai jodoh, Nely sebelum ini pernah bercinta dengan lelaki yang sekerjaya. Serik ke bercinta dengan artis dan apa kriteria lelaki idaman Nely?

Nely tidak menetapkan untuk bercinta dengan artis atau sesiapa pun. Serik itu tidak tapi Nely lebih berjaga-jaga untuk mempunyai hubungan dengan artis lelaki agar tidak dilukai lagi. Hati saya masih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Cuma dalam hubungan sesama artis, Nely belajar untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi selagi belum pasti. Buat masa ini, Nely akan lebih memberi tumpuan kepada karier dan perniagaan.

Kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nely pula mestilah menghormati keluarga Nely, matang, berjaya dalam hidup agar dia dapat membimbing Nely ke arah kejayaan. Lebih penting dia seorang yang merendah diri dan ada kekuatan agama.

ZIANA ZAIN AMALKAN PETUA ABAH UNTUK KEKAL CANTIK DAN AWET MUDAH. NO 3 TU YANG SUSAH NAK BUAT

 

BAGAIMANA pada usia 48 tahun, Kak Ziana kekal bertenaga lagak penyanyi muda di atas pentas?

Dari dulu sampai sekarang, penyanyi pujaan ramai Ziana Zain masih kekal cantik, langsing dan seperti tak makan usia.

Rupanya, Kak Ziana hanya ikut petua tradisional dan orang dulu-dulu untuk menjaga penampilannya.

Dipetik daripada majalah Intrend, kami kongsikan rahsia kecantikan Ziana Zain.

 

1. Amalkan jus segar seperti timun & epal hijau setiap pagi

Kak Ziana amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Kak Ziana ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya Kak Ziana jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.

 

2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah

Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.

#syukuralhamdulillah #lombok #zianafolks #zianafolksDlombok

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

 

3. Tak pernah sentuh ais

Kak Ziana juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.

Wearing @altelia_amani #mlm2016 #week13 #photographby @blackpepperproduction

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

 

4. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah

Kak Ziana menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Terima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Kak Ziana amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.

#triplombok #syukuralhamdulillah #lombok #zianafolksDlombok

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

 

5. Abah ajar buat masker muka & buat minyak kepala sendiri

Antara petua Abah yang sampai sekarang Kak Ziana ingat ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.

Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, Abah campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.

Make up & shawl stylist @bobocinta. Thank you dear #throwback #yesterday #mlm2016

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

INILAH 6 ARTIS WANITA YANG CEMERLANG DALAM SPM

 

1) Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh

keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

 

2) Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.

 

3) Ezlisa Loy

Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

 

4) Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

 

5) Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: MRSM Pendang, Kedah

Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.

 

6) Najwa Latif

Tahun: 2012
Keputusan: 4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.

Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.