Baju Uqasha Tidak Seksi Cuma Nampak Bentuk Badan, Ia “Aset” Yang Dikurniakan Tuhan Untuknya – Hefny Sahad

Baju Uqasha Tidak Seksi Cuma Nampak Bentuk Badan, Ia “Aset” Yang Dikurniakan Tuhan Untuknya – Hefny Sahad |

Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose dikecam lagi kerana penampilannya yang seksi sehingga menampakkan bukan sahaja bentuk badan tetapi buah dadanya juga.

Sebagai kekasih Uqasha, Hefny bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil peduli tentang komen-komen negatif yang dilemparkan kepada Uqasha dan berpendapat pakaian Uqasha sebenarnya tidaklah “terlampau seksi” seperti yang didakwa ramai.

Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya. Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti.

Bukan kali pertama menjadi mangsa kecaman netizen, Hefny yakin Uqasha sudah lali dan lebih matang untuk menghadapi situasi tersebut. Namun, Hefny tetap memberikan kata-kata semangat buat Uqasha agar pelakon wanita itu tidak terus tertekan.

Sumber Berita : Kosmo Online

Artikel berkaitan

Foto Uqasha Senrose Pakai Baju Nampak Buah Dada Jadi Perhatian Netizen

Walaupun Uqasha Senrose mengakui beliau sudah rimas dihimpit kontroversi dan dikecam, nampaknya beliau memang tidak boleh lari daripada situasi berkenaan.

Terbaru, foto Uqasha memakai busana hijau yang seksi sehingga menampakkan bentuk buah dadanya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menganggap pakaian Uqasha agak keterlaluan sehingga kaum wanita juga malu melihat penampilan Uqasha sebegitu.

Berikut antara reaksi netizen :-

Tidak dinafikan pakaian Uqasha agak seksi dan membuatkan dirinya sekali lagi menjadi bahan kritikan netizen. Mungkin tidak semua foto harus Uqasha kongsikan jika tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman di media sosial.

sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *