“Tak Paham La,Dia Persenda Orang Lain Boleh Pula, Kena Batang Hidung Sendiri Nak Sentap” – Chef Wan

“Tak Paham La,Dia Persenda Orang Lain Boleh Pula, Kena Batang Hidung Sendiri Nak Sentap” – Chef Wan |

Susulan luahan kecewa Nabil Ahmad yang menyifatkan tindakan Chef Wan menegur cara beliau mengacara secara terbuka di akaun Instagram tidak profesional, Chef Wan tampil lagi dengan kenyataan terbaru berhubung isu tersebut.

Menurut Chef Wan, beliau bukan mahu menanam benih kebencian dalam hati penonton terhadap Nabil tetapi hanya ingin menasihati pengacara tersebut. Pernah menjadi juri jemputan Gegar Vaganza 2017, Chef Wan mendedahkan setiap tahun pasti ada sahaja juri yang bengang dengan sikap Nabil.

Netizen yang membaca kenyataan Chef Wan bersetuju dengan tindakan beliau yang berani menyuarakan isu lawak Nabil yang dianggap keterlaluan.

Nampaknya isu ini semakin hangat dengan kedua-dua belah pihak yang saling berbalas kenyataan. Teguran pedas bukan bermakna ingin menjatuhkan seseorang dan tidak salah untuk dijadikan pengajaran agar tidak mengundang sebarang salah faham.

Sumber: http://beautifulnara.com/

[VIDEO] “Peguam Saya Beritahu Kenyataan Beliau Berunsur Hasutan..” – Nabil Beri Amaran, Sudah Hilang Hormat Kepada Chef Wan

Pengacara Gegar Vaganza musim ke empat iaitu Nabil Ahmad kini sudah tidak tahan lagi dengan teguran dari Chef Wan dan juga pelbagai tomahan dari netizen setelah isu cara nya menajdi pengacara dibangkitkan dan dipertikaikan.

Akhirnya, Nabil telah memberi amaran kepada Prof Datuk Chef Wan agar tidak berterusan memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagram miliknya.

Nabil berkata, tindakan Chef Wan itu agak keterlaluan terutama menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.

Ini komen dari Nabil Ahmad tentang hal ini:

“Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza.

“Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,”

Nabil ada memberi respon kepad Chef Wan dan memuat naik video sebagai respon kepada tuduhan Chef Wan.

Namun, tidak lama selepas itu, Nabil memadam video berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

Kata Nabil, sebenarnya dia memuat naik video itu adalah atas nasihat peguam yang sedang mengumpul beberapa bukti terhadap isu tersebut.

Ini penjelasan dari Nabil:

“Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi.

“Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu,”

Kata Nabil, Datuk Chef Wan seharusnya melakukan perkara itu secara profesional dan bertemu dengan pihak produksi Astro jika ada sebarang ketidak puashatian tentang cara dia menjadi pengacara.

Tambahnya, semua perkara yang dilakukannya sebagai pengacara sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta pihak Astro untuk berbuat demikian bukannya secara suka suki.

Ini kata dari Nabil lagi:

“Gegar Vaganza ini sudah masuk musim keempat dan jika dia tidak suka dengan cara saya dia boleh jumpa pihak Astro dan beritahu tentang itu.

“Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen,”

Dalam pada itu, Nabil berkata kenyataan negatif itu secara tidak langsung membuatkan dia hilang rasa respect kepada Datuk Chef Wan.

Nabil tidak tahu niat Datuk Chef Wan yang seakan-akan cuba untuk menutup periuk nasinya dalam bidang ini.

Ini pengakuan Nabil:

“Saya sudah hilang hormat padanya, saya hanya hormat dia sebagai orang tua dari saya sahaja. Dulu saya anggap dia seorang ikon contoh untuk berjaya ke peringkat antarabangsa.

“Apa juga restoran yang dia kata sedap pasti saya akan datang cuba (makan). Tapi sekarang maaflah, mungkin tidak lagi,”

Chef Wan ada memuat naik beberapa status menegur tindakan pengacara itu yang dianggap biadap dan kurang ajar serta menajdi teladan yang tidak elok kepada anak-anak.

Kata Chef Wan, Nabil sering menyampuk ketika juri memberi komen dan juga ada mempersenda para juri termasuk mempermainkan kata dari Hetty Koes Endang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *