(Video) “Kali Kedua Kau Buat, Gua Cari Lu Sampai Dapat” – Zed Zaidi Bersuara Isu Aliff Aziz

Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, juga melontarkan pandangan beliau mengenai isu antara Aliff Aziz dan isterinya yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia baru-baru ini.

Zed Zaidi yang ditemui oleh portal hiburan Rotikaya menyifatkan insiden itu sebagai mencemarkan imej artis di Malaysia.

“Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita”

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihati agar Aliff Aziz tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

“Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya Zed Zaidi.

Kalau nak dengar sepenuhnya pendapat dari Zed Zaidi, tonton video penuh dari Rotikaya ini:

ISTERI BERTARUNG NYAWA MELAHIRKAN ANAK TAPI SUAMI BALAS DENGAN MENIDURI WANITA LAIN

Hati siapa yang tidak luluh apabila seorang suami berlaku curang ketika isteri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Hancur Hati, Saya Bertarung Nyawa, Tapi Akhirnya Saya Dapat Tahu Rupanya Suami Saya…..

Usia perkahwinan saya baru 2 tahun dan saya baru dikurniakan seorang baby boy berusia sebulan. Dalam sibuk saya berpantang, suami saya main kayu 3 dengan perempuan lain.

Betapa hancur luluh hati saya. Saya tahu dah lama diorang berhubung. Suami salahkan saya tak jaga makan minum dia sebab dia curang. Kami pjj. Dia di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.

Dia salahkan saya sebab tak selalu mesej.

Kami berjumpa hujung minggu je. Semasa pantang, saya sibuk uruskan anak seorang diri. Dia boleh salahkan saya sebab tak selalu mesej dia sedangkan nak makan pon saya tak sempat sebab uruskan anak.

Dia tak hargai langsung 20jam saya bertarung nyawa nak bagi dia zuriat, sakit perut kena belah sampai sekarang masih terasa bisa.

Kantoi mesej pon sebab saya terbaca mesej di hp dia. Sekarang saya dalam dilema nak maafkan dia atau tak memandangkan anak masih kecik.

P/S: Dasar lelaki tak bertanggungjawab.

 

KANTOI MENGANDUNG, PELAJAR STPM KONGSI KISAH BUAT ‘PROJEK’ DI SEKOLAH YANG BUAT RAMAI TERKEJUT !!!

Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | Tugas mendidik anak pada zaman serba moden ini bukannya mudah. Selain terdedah dengan pengaruh negatif dari rakan sebaya, anak-anak juga terdedah kepada perkara tidak elok yang mudah didapati di intenet. Buktinya, ramai remaja sudah terdedah kepada perbuatan sumbang seperti zina semenjak dari bangku sekolah lagi.

Wanita yang menguruskan rumah perlindungan bagi gadis hamil luar nikah ini mendedahkan perbualannya dengan salah seorang pelajar yang terlanjur. Bila ada peluang, projek berjalan tanpa rasa cuak. Mula sekali, kemudian diulangi lagi.

Berzina di sekolah waktu petang di bilik kosong

Berzina di Bilik Kosong di Sekolah

Sebelum ini pelajar berzina di tandas, kisah ini pulak, pelajar tingkatan 6 berzina di Bilik Kosong di sekolah. Mereka sama sama satu kelas, tinggal di asrama. Rumah mereka jauh dari sekolah dari kampung berbeza.

Bila ada peluang, projek berjalan tanpa rasa cuak. Mula sekali, kemudian diulangi lagi. Akhirnya ketagih apabila sudah tamat sekolah. Jika sekarang, usia kandungan sudah memasuki 21 minggu, bermakna ketika menduduki STPM yang lalu kandungan sudah 14 minggu, lebih dari 3 bulan.

Selepas tamat peperiksaan STPM, masing masing pulang ke rumah keluarga. Sudah payah untuk berjumpa. Yang lelaki katanya sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi perbuatan itu. Yang perempuan pulak, makin sepi, sunyi, gersang menjadi sangat sangat ketagih walaupun sedang mengandung. Emak bapa belum tahu, perubahan fizikal belum kelihatan.

Ikuti perbualan saya melalui whatsapp dengan bekas pelajar tingkatan 6 ini. Berzina di sekolah waktu petang, di Bilik Kosong.

Mohon pihak sekolah mengunci semua bilik tidak digunakan

Moral kisah ini didedahkan supaya pihak sekolah ambik tindakan segera mengunci semua bilik bilik yang tidak digunakan. Jika bilik itu mahu digunakan sebagai aktiviti persatuan, pastikan ada pemantauan oleh pihak berwajib. Jangan buka peluang untuk pelajar berdua duaan melakukan projek di dalamnya.

Kita tidak boleh menangani kes zina di luar, kita tangani kes zina di kawasan kita. Antara nasihat saya,

Pintu pagar sekolah hanya dibenarkan dibuka menjelang 15 minit waktu perhimpunan.

Semua laluan tangga naik ke kelas di kunci sehingga selesai waktu perhimpunan. Biarlah beg pelajar bersama pelajar tanpa perlu diletakkan di dalam kelas terlebih dahulu.

Study group hanya dibenarkan dijalankan di kantin sekolah atau perpustakaan. Jangan benarkan di bilik kosong atau di Bengkel, mana tahu study group itu cuma dihadiri dua orang saja berlainan jantina.

Apabila pelajar perempuan ke tandas, hanya benarkan jika pergi berdua dengan kawan perempuan yang lain.

Kunci semua bilik bilik kosong dan tandas yang jarang digunakan.

Bersihkan kawasan sekitar sekolah dari rumput yang panjang sehingga membatas pandangan.

Memanglah kita tidak boleh menghalang orang berzina tetapi kita jangan buka peluang dan ruang. Amat ngeri dan menakutkan. Dimana lagi tempat selamat untuk anak anak belajar?

Saya menulis dari kisah benar dan dari pengalaman yang dilalui sebagai seorang guru suatu ketika dulu. Segera minda saya terbayang ruang ruang dan peluang untuk pelajar berzina tanpa kita sedari. Datang sekolah bukan semata mata untuk menuntut ilmu, bahkan mempraktikan ilmu yang tidak diajar di sekolah. Habis belajar dari mana? Smart phone, internet dihujung jari…

Siapa beri smartphone? Siapa beri duit topup internet?

Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni..

Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami.

Jika rumah berharga RM300,000

(Harga mesti mengikut harga pasaran)

Bagaimana perbahagian dibuat?

1/4 milik isteri

Selebihnya adalah milik adik beradik si suami

Jika proses dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil

Semua waris akan berbincang, bagaimana ingin agihkan

DUA SITUASI MUNGKIN BERLAKU

PERTAMA

Jika mereka setuju untuk melepaskan hak, semua 100% milik si isteri

Alhamdulilah proses akan menjadi mudah

KEDUA

Jika waris lain menuntut hak

Si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang

Jika bahagian adik beradik RM100,000

Si isteri hendaklah membayar sejumlah itu

Tapi kalau tiada duit?

Apa perlu buat

Situasi yang berlaku ialah rumah itu akan dijual

Duit akan diagih ikut faraid

Rumah yang dibina sekian lama, terpaksa dijual kerana tiada wang

Kasihan isteri

Bagaimana elakkan perkara ini berlaku?

Penyelesaiannya ada 3

Yang paling terbaik ialah cara 1

1. Buat hibah bersyarat

Hibahkan siap siap semua bahagian rumah kepada anak atau isteri

Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayaran/atas cagaran

( Denan syarat ada MRTA/MRTT)

Kelebihan hibah ini ialah “ownership” rumah masih di atas pemberi

Oleh itu, tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba tiba jatuh bankrap

Cara ini lebih selamat dan kos efektif jika dibandingkan kos stamp duty penukaran nama di Pejabat Tanah

Hanya satu syarikat sahaja yang membuat cara ini

Ia sudah terbukti dengan 300+ kes telah diselesaikan

Syarikat ini sahaja yang melalui Mahkamah Syariah dan mendapatkan pengesahan perintah hibah

Kos juga tidaklah begitu mahal

RM1600 sahaja untuk menghibahkan 1-3 geran rumah atau tanah

Sangat murah dan syarikat ada track record yang baik

2. Buat hibah mutlak

Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/isteri di Pejabat Tanah. Di sini hanya boleh dibuat jika rumah sudah habis dibayar. Namun kelemahan hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang “ownership” rumah tersebut. Jika si anak tiba tiba ingin menjual, beliau ada hak untuk menjualnya. Jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.

Cara hibah mutlak ini ialah mengisi borang Borang 14A di Pejabat Tanah. Kami selalu berikan panggilan HIBA untuk hibah mutlak ini. Kerana si pemberi sudah tiada permilikan apa apa

3. Ambil takaful yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah

Apabila anda meninggal dunia, duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak hak waris lain

Seperti di atas, hak adik beradik lain ialah RM100,000

Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar adik beradik yang lain

Itu pun dengan syarat mereka bersetuju

Cara ini yang paling kurang efektif dan tinggi kosnya

Cuba buat kiraan

Polisi bernilai RM300,000

20 tahun kemudian tetap RM300,000

Manakala rumah

Tahun demi tahun akan naik

Rumah RM300,000 sekarang

20 tahun kemudian sudah menjadi RM500,000-RM700,000

Sudah melebihi pampasan meninggal polisi

Tidak lagi relevan untuk menyelesaikan pertikaian harta pusaka

———————————————————–

Di sini penting memahami instrumen ini dalam merancang harta pusaka

REAL CASES

Satu keluarga di Kedah

Keluarga hanya ada anak perempuan sahaja

Si suami tiba tiba meninggal

Adik beradik belah si suami mula berebut ingin hak mereka di rumah tersebut

Kesudahannya, isteri yang baru kehilangan suami terpaksa menjual rumahnya kerana tiada wang untuk diberikan serta suami tidak merancang harta pusaka

Sedih kan?

Inilah realiti

Orang kita, cerita tentang pengiraan faraid mengalahkan ustaz

Tapi apabila dapat duit, terus hilang entah ke mana

Mereka lupa, hak itu datang dengan tanggungjawab berat menjaga si balu dan anak anaknya

Hukum faraid sudah adil dan cantik, tapi si penunggang agama mempalitkan dengan kotor dan kudis

Jika risau keadaan berlaku sebegini

Merancanglah harta anda

Tutup ruang untuk berlaku perkelahian dan orang tersayang anda dizalimi suatu hari nanti

Zahirkan kasih sayang anda dengan rancang harta pusaka sekarang

 

‘Ulat dalam ay4m goreng’ ….N4si yang dibeli dari kedai Mamak..Hati2!!

Salah satu perkara yang boleh terjadi pada anda ketika menikmati makan malam ialah apabila terjumpa perkara yang menjijikkan seperti serangga ataupun ulat yang boleh mematahkan selera dengan segera.

Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang hanya mahu menikmati makan malam tetapi ‘bernasib baik’ apabila ayam goreng yang dibeli olehnya itu mempunyai ulat yang masih hidup.

Menurut laporan portal berita Chinapress, wanita tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ms Chen telah membeli 3 bungkus nasi briyani dari sebuah kedai mamak yang baru dibuka di Kuantan kira-kira jam 7 petang. Dia juga turut membeli sedikit ayam goreng dan kari kambing serta makanan untuk ibu bapanya juga.

Sejak restoran mamak tersebut dibuka orang ramai memuji restoran tersebut dan itu yang mendorongnya ingin mencuba sendiri makanan di restoran mamak itu. Ayam goreng tersebut nampak menyelerakan dan membuat keputusan untuk membelinya.

Namun ketika ayahnya baru hendak menjamah makanan tersebut, dia mendapati ayam goreng tersebut telah dicemari oleh ulat yang masih hidup di dalam ayam tersebut. Ayahnya terus berhenti dari memakan makanan tersebut, mereka kembali ke restoran mamak tersebut untuk membuat aduan.

Dia memberitahu pekerja restoran tersebut meminta maaf dan memulangkan semula duit wanita tersebut namun wanita tersebut membuat keputusan untuk memanjangkan aduannya kepada pihak berkuasa. Maka beringatlah sebelum terus menjamah makanan anda periksa dahulu. Mana tahu anda terjumpa sesuatu yang mengejutkan!

Pengakhiran Drama 4liff 4ziz .. Pengakuan Yang Dibuat Sudah Diramal ..

Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, mengaku curang dan pernah bertemu dengan wanita lain di belakang isterinya, Bella Astillah, 23.

“Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahuan isteri saya, Bella.

“Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin.

“Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi,” katanya pada sidang akhbar khas di Shah Alam hari ini.

Aliff bagaimanapun menafikan dakwaan telah mengasari dengan tindakan memukul dan mencampak telefon kepada isterinya ketika pergelutan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada Jumaat lalu.

“Isteri saya telah menarik balik dakwaan yang telah dibuat pada hari Jumaat lalu dan kami telah berdamai,” tambahnya.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya di sebuah pusat karaoke.

Ketika ditahan, Aliff didakwa bersama dengan seorang wanita lain yang merupakan pelakon utama drama bersiri yang sedang menjalani penggambaran bersama iaitu Afifah Nasir.

Aliff telah dibebaskan dua hari selepas ditahan di lokap balai polis Dang Wangi dan telah kembali ke set penggambaran semalam.

Sumber

KAUM HAWA,TOLONG BACA SAT!! ‘PARABEN BAHAN KIMIA PEMBUNUH DALAM SENYAP’ WANITA KONGSI PUNCA KEMATIAN IBU SAHABATNYA KERANA KANSER PAYUDARA

Tidak dapat tidak kita melarikan diri dari menggunakan bahan kimia dalam seharian . Samada kita sedari atau tidak , kebanyakkan produk kosmetik hari ini mengandungi bahan kimia yang boleh membunuh dalam senyap .

Menerusi perkongsian seorang wanita yang mana sahabatnya baru sahaja kehilangan ibunya akibat kanser payudara .

Ikuti perkongsiannya :

BUNUH DALAM SENYAP

Semalam ada kawan kak ekin baru je kematian ibunya akibat dari kanser payudara. Dan 2 minggu lalu, ex-officemate dah dipotong payudara nya kerana kanser. 😢

Paraben antara punca kanser payudara

Hati kak ekin mula rasa bimbang. Lantas kak ekin terus buat kajian untuk cari punca kanser. Nahhh..hasil dari carian blog Dr Zubaidi mengatakan 99% sampel tisu yang diambil dari pesakit kanser mengandungi Paraben!

Bukan Paraben sahaja bahkan ada family of paraben yang lain juga :

Hurmmm..kak ekin dah start berpeluh. Terus mencari lagi info apekebenda nya paraben tu? 🤔

Paraben ni sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana ianya jauh lebih murah dan mudah.

Rupanya kebanyakkan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebangainya mengandungi Paraben. Tak kesah la nama dia methylparaben ke ethylparabel ke atau propylparaben..tu sume adalah sejenis paraben.

Ini adalah sangat serammmm..! Lagi seram dari layan cite fiksyen syasya hokey. 🤧

Bagaimana Paraben boleh tercetusnya Kanser?

Paraben ni dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.

Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan beterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.

Paraben bukan je merangsang kanser payudara tauu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko sakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.

Oleh itu kak ekin nak pesan berhati-hati lah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas dari Paraben.

Kak ekin memang faham ajal maut cara kematian tu semua di tangan tuhan. Tapi awak pun kena la berusaha cari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya sebab awak nak cantik dengan cepat.

So sayangi lah diri ANDA gais! 😘

Much Love,
Kak Ekin

Sumber

S3ks Songsang Tidak Haram, Asalkan Dilakukan Dengan Penuh Kasih Sayang – Profesor Dr Siti Musdah Mulia

ISLAM tidak boleh bergantung kepada hukum akal dan populariti semata-mata memandangkan kita menjadikan Al Quran dan Hadis Nabi sebagai panduan kita. Tindakan beberapa pihak cuba mengubah kandungan AlQuran dan Hadis Nabi bagi menyesuaikannya dengan nafsu songsang sesetengah golongan amat dikesali.

Profesor Dr Siti Musdah Mulia cuba melawan arus apabila mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran.

Beliau dilihat cuba merosakan akidah umat Islam dengan mengatakan yang prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam). Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

“Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu? Quran lebih menekankan mengenai pelakuan.”

“Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks,” katanya lagi.

Tegasnya, “Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay. Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat — ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim.

Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain. Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak.”

Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi.

Beliau berkata, “Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri.Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?”

“Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga.

Kenapa perlu takut? Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana,” katanya lagi.

Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, “Itu bergantung kepada individu tersebut. Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama. Ikut sahaja nurani kamu, serius.”

Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’.

“Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ — rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?” tegas beliau.

Utusan Dajjal kini dilihat ada dimerata-rata tempat untuk menyesatkan umat Islam. Mereka ini mengunakan agama untuk mengelirukan kita dengan sedikit manipulasi fakta.

Sumber

Ditegur Makan Tepi Jalan Di Switzerland Oleh Chef Wan, Ini Penjelasan Daripada Aliff Syukri

Rata-rata netizen ramai yang bersetuju dengan teguran Chef Wan kepada Aliff Syukri yang telah makan di tepi jalan ketika sedang bercuti di Switzerland. Menurut Chef Wan, dia pun banyak kali ke Switzerland tetapi tidaklah sampai makan di tepi jalan kerana menjaga nama baik dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia. Malah berdasarkan teguran Chef Wan, di Switzerland banyak meja dan kerusi yang disediakan di taman-taman untuk memudahkan para pengunjung menjamu selera. Tak perlulah sampai nak makan di tepi jalan.

Dikecam teruk oleh netizen dan ditegur oleh idolanya Chef Wan, Datuk Aliff Syukri telah tampil untuk memberikan penjelasan tentang tingkah lakunya yang makan di tepi jalan ketika berada di Switzerland. Kata Aliff Syukri:-

Gara2 video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia…
.
Ramai yg kecam kata napa x makan dekat hotel la senang….sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan2 indah di switzerland….jadi bila byk2 berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata2 utk makan….

Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula….jadi disebabkan tu kami mmg dah masak siap2 dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama…x ada apa yg memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama…

Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab??dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..

cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik….org malaysia di sana juga baik dan ramah

Panjang lebar penjelasan daripada Datuk Aliff Syukri berkenaan hal ini. Diharap semua yang membacanya dapat memahami situasi beliau sehingga terpaksa makan di tepi jalan. Apa pun, tahniah kepada Aliff Syukri kerana menerima teguran Chef Wan dengan hati terbuka. Kadangkala kebenaran itu memang pahit tetapi selaku rakyat Malaysia yang mempunyai nama dan jenama sendiri, kelakuan dan adab kita perlulah dijaga terutamanya ketika berada di luar negara. Apa pula kata anda?

Sumber